SULTAN SELANGOR MURKA.Demonstrasi perbuatan biadab

keratan dari BERITA HARIAN.

KLANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (gambar) menyifatkan tindakan pihak tertentu mengadakan demonstrasi jalanan kerana membantah titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berhubung pelantikan kerajaan baru di Perak, sebagai biadab.

Sambil melahirkan rasa dukacita dan kecewa baginda, Sultan Sharafuddin mengingatkan rakyat agar jangan mudah terpedaya dengan pihak yang sanggup mengambil risiko dengan perbuatan yang bersifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu serta kemaruk kuasa.

RM1juta:- Hairan , Sultan Perak yang punya hal, Sultan Selangor pula yang murka. Harap pihak tuanku memikirkan perkara ini masak-masak. Rakyat sebenarnya sudah faham dan masak dengan scenario politik malaysia dan Barisan Nasional.Bukan sahaja Tuanku malahan seluruh sultan di Malaysia perlu berpijak dibumi yang nyata. Perlu lihat kebangkitan suara rakyat melawan ketidak adilan kuasa yang didalangi oleh mereka yang rakus merampas hak rakyat sehingga rakyat Malaysia kini sudah seperti merempat di bumi sendiri kerana keseluruhannya dimiliki oleh kerabat, kroni dan kroni. Apa lagi yang tinggal untuk rakyat. Rakyat bangkit diPerak kerana kerajaan yang mereka pilih telah tumbang akibat politik yang kotor lalu mereka cuba sarankan diadakan pilihanraya semula. Kalau sultan fikirkan kosnya dan anggap ianya membazir. Apa salah nya kerana wang yang ada pun adalah wang rakyat bukannya wang tuanku. Malahan harus diingat bahawa semua Sultan diMalaysia menerima elaun dari titik peluh wang rakyat. Siapa sebenanya yang berdaulat. Sultan yang dibayar dengan elaun dengan duit titik peluh rakyat tanpa melakukan apa-apa kerja yang boleh membantu rakyat atau Hamba rakyat yang tungkus lumus bekerja siang dan malam mendapatkan sesuap nasi tetapi dicukai dari segenap segi semata-mata untuk membayar elaun raja dan menteri serta kerabat-kerabat. Halalkah elaun tersebut jika tidak melakukan kerja yang sepatutnya.

Percayalah jika para Sultan tidak berubah dengan lebih berjiwa rakyat , pasti satu hari akan pupus dimuka bumi . Jika Sultan terus membuat kenyataan dan keputusan yang tidak disenangi rakyat, maka rakyat akan memberontak .

Persoalannya ? adakah Sultan sekarang berdaulat seperti dahulu. Adakah keturunan Sultan sekarang merupakan jalinan keturunan raja yang sejati (pure royal) atau sudah dicampur.Adakah raja-raja melayu sekarang melayu sejati atau sudah menjadi melayu campuran yang tidak layak lagi menjadi Raja melayu…FIKIRKAN

2 responses to “SULTAN SELANGOR MURKA.Demonstrasi perbuatan biadab

  1. dahlah sistem beraja ni, dikenakan tax dari hasil titik peluh aku untuk kemewahan raja2 yang sombong dan berlagak seolah tanah ni mereka punya, padahal mereka ni lanun je dulu

  2. mintak maaf, tp aku rase kau nih dah terlalu jauh sgt melalut…ape bukti kau nak kate sultan makan duit rakyat dan bapak2 menteri semua pon makan duit rakyat???
    mane bukti kau?
    ko tau ke? hebatnye kau…kagumnya aku dgn kebolehan kau…
    mana ko tau sultan xbuat kerja???
    ko hari2 skodeng ape yg sultan buat ke? ko ade pasang cctv kat bilik dia ke???
    sedap2 je ko nak fitnah sultan itu inilah, menteri itu inilah…
    makan duit rakyat lah, kroni itulah, kroni inilah…
    ko bukannye tau ape2 pon sebenarnye, aku rase ko ni terikut2 dgn orang lain je…
    haha, aku cukup meluat dgn orang yg xtau ape2 mcm ko ni tp berlagak mcm sume bende ko tau…
    konon2 ape yg ko cakap tu betul…
    sedarlah wahai sedara…
    aku bukan nak suruh ko sokong BN atau nk suh ko join UMNO…bukan!
    tp aku nk mintak ko sedarlah sikit, kalau nk type tu gunelah otak banyak2 sikit…
    lagi 1, psl kes kat perak…
    dah mmg BN dpt majority lebih untuk form 1 kerajaan baru…
    biarkan aje lah…
    bukan ke dulu anwar ibrahim sendiri jugak yg sibuk2 pasal lompat2 parti ni dulu…
    pikir lah sket bro…
    pembangkang jugak yg sibuk2 pasal lompat2 parti dulu… pastu yg orang2 melayu perak pon bodoh, pegi buat demo…terpekik terlolonglah kat tgh2 jalan raya halang konvoi diraja mcm orang yang tak tau adab… aku tanye ko, orang DAP buat ape? diorang xbuat ape2, sebab orang2 melayu perak sume dah kene game dgn DAP…diorang sume dah jadi kuda tunggangan DAP…akhirnya, org melayu sendiri jugak yg dipergunakan…kesian…akibat konon2 nak jadi jebat alaf baru, akhirnya kene game dgn bangsa lain…malang sungguh!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s