Syed Hamid minta maaf kesesakan jalan raya

KUALA LUMPUR 14 Julai – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar memohon maaf kepada orang ramai ekoran kesesakan teruk jalan raya pagi ini berikutan tindakan polis menutup beberapa jalan utama ke Parlimen.

Beliau berkata, pihak polis hanya menjalankan tugas sebagai langkah pencegahan untuk memastikan tidak berlaku demonstrasi di Parlimen yang boleh menjejaskan keselamatan wakil rakyat.

“Berikutan langkah tegas polis ini, saya difahamkan pakatan pembangkang membatalkan hasrat untuk mengadakan perhimpunan itu,” katanya di lobi Parlimen di sini.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini menafikan pakatan itu merancang mengadakan demonstrasi di Parlimen.

“Kita tidak tahu perkara ini. Saya percaya tindakan polis ini berpunca kerana kenyataan suami saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menyatakan hasrat untuk mendengar sesi perbahasan di Parlimen,” ujarnya. – Utusan

RM1juta- Buat salah minta maaf,buat salah minta maaf…….Duit minyak rakyat kena tanggung sebab sangkut dalam kesesakan lalu lintas siapa yang nak bayar. Kecil-kecil tak nak mampus dah tua , jadi menteri menyusahkan rakyat. Jangan jadi menterilah kalau makan gaji buta dan menyusahkan rakyat. Rakyat pun ada hati dan perasaan. Sekali terguris……selamanya kami akan ingat.

95% rakyat mengalami kesulitan akibat dari satu tindakan bijak menteri BN.Kami tak ada masa nak berdemontrasi. Cari duit nak isi perut lagi penting dari melalak tak tentu pasal kat parlimen…Kenapa???? takut ke???

Kenapa BN terlalu takutkan DSAI sampai menyangka yang bukan-bukan….???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s