Saya tidak mahu dianggap bodoh – Pandikar Amin

14/07/2008 3:45pm

 

KUALA LUMPUR 14 Julai – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, beliau menolak usul tidak percaya kepada kepimpinan Perdana Menteri yang dikemukakan pembangkang, Khamis lalu kerana tidak mahu dianggap bodoh.

“Pembangkang tidak wajar membawa usul tidak percaya ini di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2) kerana ia hanya khusus untuk perkara mustahak yang perlu disegerakan bagi dibahas.

“Ini adalah umpama mendakwa seseorang yang disyaki sebagai perogol di bawah undang-undang kerana membunuh. Jika saya membenarkan usul ini, saya seolah-olah Speaker yang paling bodoh dalam seluruh dunia,” ujarnya. – Utusan

rm1juta:- Sudah dijangkakan….speaker akan menolak usul kerana takut dibuang kerja…takutkan kejatuhan BN dan beliau juga terbuang.Pembangkang juga harus lebih bijak…..

Kenapa hanya kerana usul sedemikian pasukan polis dikerah menjalankan penutupan jalan.Adakah malaysia ini penduduknya ganas sehingga pihak polis terpaksa bertindak demikian. Kenapa takut dengan bayang-bayang rakyat sebegini rupa.Pihak berkuasa sepatutnya membantu rakyat melancarkan perjalanan hidup bukanya hanya untuk 4 -5 kerat menteri.Kami yang bayar gaji anda bukannya mereka. Malahan gaji mereka yang beribu ringgit juga kami rakyat jelata yang bayar.

Harap pak menteri faham yang sabarnya rakyat ada hadnya. Minyak naik kami masih boleh bersabar. Kalau kami naik minyak tiada satu kuasa di dunia yang mampu menahan kemarahan kami. Cukuplah…kami dah jemu…

Usul seterusnya- Tidak percaya kepada PDRM. ……mereka bekerja untuk menteri bukan untuk rakyat…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s