KEGAWATAN 2008-KESAN KENAIKAN DRASTIK HARGA MINYAK.

Seluruh penduduk Malaysia sudah sedia maklum bahawa kenaikan harga barang ekoran kenaikan harga petrol dan diesel. Ditambah lagi dengan Usul dari kerajaan Barisan Nasional membenarkan kenaikan harga barang , petrol dan diesel. Maka akan berlakulah kegawatan ekonomi sekali lagi.

 

Jika pada tahun 1998 , kegawatan ekonomi negara Malaysia disebabkan oleh spekulasi matawang yang mana Soros dijadikan kambing hitam untuk menutup sebab utama kenapa kegawatan ekonomi terjadi. 2008, Minyak pula akan menjadi alasan jika kegawatan ekonomi terjadi.

 

Kita sebagai rakyat biasa yang kurang mahir dengan hal-hal ekonomi dunia hanya menelan sahaja alasan-alasan yang diberikan oleh Menteri dan Kerajaan tentang kenapa semua ini terjadi.Jika difikirkan ,dengan belbagai anugerah Tuhan yang ada dibumi Malaysia seperti hasil galian, Tanah yang subur dan negara yang indah serta aman amat sukar untuk kita mempercayai atau menerima kenyataan ini.

 

Banyak persoalan yang timbul. Adakah kegawatan 1998 dan 2008 ini disebabkan oleh kegagalan kerajaan Barisan Nasional merencana perbelanjaan negara atau menguruskan  dana negara???Adakah kerajaan Barisan Nasional ini boros berbelanja sehingga negara dan rakyat terpaksa menanggung kesannya??

 

Kononnya , Soros adalah punca krisis matawang 1998. Namun begitu pada tahun 2004 bekas Perdana Menteri kita mengatakan sebaliknya. Soros tak bersalah. Siapa sebenarnya yang bersalah.????Mahathirkah yang bersalah???Serupa juga dengan kenaikan harga minyak.Petronas pula mengatakan bahawa kos mengeluarkan minyak dan minyak akan habis habis pada 2012.

 

Sebagai rakyat biasa kita ambil contoh seperti berikut:

 

En  Malay adalah seorang penternak ayam yang berjaya. Syarikat beliau dikenali sebagai Ayam Petromas diuruskan oleh anak-anak dan adik beradik beliau. Disamping itu beliau juga mempunyai perniagaan satay. Jiran beliau En Sing juga merupakan seorang peniaga satay yang mengambil bekalan ayam dari Sykt Ayam Petromas.Mereka bersama-sama berniaga satay dan menetapkan harga secucuk satay pada harga 50 sen. Satay mereka amat laris .

 

Disebabkan kenaikan kos makanan Sykt petromas terpaksa menaikkan harga ayam kepada En Sing dan lain-lain. En Sing tidak dapat menampung kenaikan harga ayam dan terpaksa menaikkan harga sataynya kepada 80 sen.Melihat kenaikan harga satay En. Sing. En Malay juga menaikkan harga satay beliau ke harga yang sama dan disamping itu beliau mengarahkan semua pekerja beliau untuk membayar harga yang sama dengan harga pasaran jika mereka makan satay di kedai beliau . Namun begitu beliau akan memulangkan 10% dari apa yang mereka makan dalam masa setahun.Semua pekerja En Malay marah dengan tindakan beliau namun begitu tidak diendahkan oleh En. Malay .

Fikirkan????Perlukah menaikkan harga minyak??Kenaikan untuk negara atau untuk siapa??Ini bukan tentang siapa popular siapa tidak. Ini soal rakyat dan hasil bumi yang menjadi hak milik rakyat….bukan hak milik PM dan kabinet.Mereka dilantik untuk menguruskan negara bukannya menjadi tuan kepada rakyat.Sedar segera sebelum rakyat naik minyak……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s