Uptrend yang aku tinggalkan……..????

 

Apa yang aku nyatakan disini adalah dari pengalaman selama setahun menjalankan Uptrend.Tidak ada niat untuk menjatuhkan atau menghasut.Hanyalah kesan dari pengalaman pahit,namun begitu ada juga yang manis untuk kenangan.Ramai yang bertanya macam mana nak jalankan Uptrend??Jawapan aku hanyalah….Saya sudah tinggalkan Uptrend.Mereka masih bertanya kenapa???

 

Jawapannya amat mudah…Aku yang suatu masa dahulu adalah antara yang menyokong kuat Uptrend . Kesana kemari ,dari Semenanjung hingga ke Sabah membuat penerangan perniagaan. Blog Uptrend.wordpress dan Sistem Uptrendnet  yang pernah menduduki carta pertama diGoogle akhirnya meninggalkan Uptrend. Bukannya apa Cuma menyampah dengan Uptrend dan mereka-mereka yang hanya mementingkan keuntungan. Dah lama aku bengang dengan Syarikat ni  dan Super-super upline yang suka berlagak macam merekalah yang paling bagus dalam dunia padahal mereka bernasib baik dapat downline macam aku yang sentiasa bersemangat mengembangkan perniagaan.Tahan dek panas ,tak lapuk dek hujan.

 

Perkara yang paling aku bengang adalah semasa Malam Gemilang Uptrend 2007 dimana pada hari itu kononnya ada 20 jutawan ditabalkan dalam suasana Gilang Gemilang dengan Konvoi Merdeka di Siang harinya. Kami ahli-ahli yang kurang berjaya di sarankan membeli tiket untuk hadir ke PWTC menyaksikan majlis tersebut.

 

Sampainya aku disana, aku lihat ramai orang beratur mengambil nasi goreng bungkus dan sebiji buah epal. Ingatkan ini adalah jamuan ringan sebelum majlis makan malam.Tiba-tiba ada Pengumuman dari para petugas mengesa kami habiskan makanan secepat mungkim kerana majlis akan bermula. Itulah makanan yang aku jamah pada malam itu. Ikutkan hati , baik aku makan Buffet Diner di hotel sebelah yang harganya sama dengan tiket yang aku bayar untuk ke majlis tersebut.

 

Mulai dari hari itu aku terus tawar hati  dan terus tinggalkan Uptrend. Nasihat saya kepada mereka yang baru menyertai Uptrend:- Jangan terpedaya dengan mulut manis Upline yang bawa anda menyertai Uptrend. Mereka hanya nampak anda semasa anda menghasilkan pendapatan kepada mereka. Syarikat pula mementingkan keuntungan semata-mata sehinggakan untuk hadir seminar untuk dapatkan ilmu untuk mengembangkan perniagaan mereka pun nak kena bayar sampai beratus ringgit. Hadir ke Majlis Gemilang untuk makan nasi bungkus pun kena bayar sampai RM 70 .INGAT!!! anda sebagai pengguna . Jangan terpedaya….Kopi tongkat Ali jauh lebih sedap dari Kopi Exotica dan Kopi beras Merah. (Red yeast Coffee). ……..dan jauh lagi murah…….

 

 

Kepada yang hendak mencuba …..silakan. !!!!

Rasakan sendiri kepahitan mengejar mimpi….!!!!

Break your personal best…..Break every thing!!!!

Kami sedar ….kami terjaga dari mimpi….Ada yang lebih baik….hanya perlu buka mata dan minda…Jangan terlalu taksub…kelak akan merana.

 

 

3 responses to “Uptrend yang aku tinggalkan……..????

  1. haha..sebab tu je ke..klaka tol la ko

  2. Banyak lagi sebab lain yang lebih besar yang tak dapat nak aku pamirkan.Yang utama adalah tiada kekuatan produk, hanya main plan aje macam money game. Aku was-was .takut haram jadi aku tinggalkan dan aku bersyukur meninggalkan Uptrend .

  3. mimpi menjadi kenyataan bila menipu orang sana sini sebab tu aku pun tgal uptrend ni …bila tgok upline yng ada bmw ,merc,walhal bila siasat blik diorng buat pengakuan bnyak tanah trgadai loan hnya untuk apa bnda ‘scissor’ lambang tuk tarik orng masuk…masuk kursus diajar cara untuk menipu dalam tabletalk ,,aku dah tobat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s