SC sekat lagi dua laman web pelaburan haram

KUALA LUMPUR 22 Jun – Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini menyekat akses ke atas dua lagi laman web, iaitu http://www.danafutures.com dan http://www.planet.time.net.my/KLCC/danafutures, yang menawarkan skim pelaburan tidak sah.Menurut kenyataan SC hari ini, tindakan itu diambil bersama-sama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta CyberSecurity Malaysia.SC berkata, dengan langkah terbaru itu, ia telah menyekat lapan laman web pelaburan tidak sah sejak ia memulakan tindakan itu pada bulan lepas.“Tindakan menyekat akses ke laman web pelaburan tidak sah itu akan dilakukan secara berterusan.“Banyak lagi laman web akan disekat pada masa depan, apabila SC meneruskan penyiasatannya,” kata kenyataan itu.SC akan mengambil segala langkah bagi memerangi penipuan pelaburan termasuk tindakan penguatkuasaan terhadap pengusaha dan ejen laman web pelaburan tidak sah, tambah kenyataan itu.Utusan Malaysia hari ini turut mendedahkan bahawa sebanyak 28 laman web pelaburan cepat kaya tanpa kelulusan SC kini tidak boleh lagi diakses di Internet.Difahamkan, semua laman web itu dipercayai ditutup sendiri oleh penganjur-penganjur skim tersebut.Ia dipercayai mempunyai kaitan dengan tindakan agresif SC menyekat akses kepada enam laman web seumpamanya sebelum ini selain tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) dan polis menggeledah salah satu pejabat pengendali skim itu baru-baru ini.Siasatan mendapati antara laman web yang gagal diakses sekarang ialah http://www.fical.net; http://www.winlifund.com; http://www.al-arabic.com; http://www.buyebarrel.com; http://www.eukgold.com; http://www.solidinvestment.com. dan http://www.smartcash.com.Selain itu, skim pelaburan Internet terawal di Malaysia, SwissCash, juga mengalami nasib yang sama apabila laman web asalnya http://www.swisscash.biz telah ditutup manakala yang terbaru, http://www.swisscash.net juga sudah tidak boleh diakses.Bagaimanapun, 16 lagi laman web skim pelaburan Internet dalam Senarai Amaran SC (www.sc.com.my) itu masih aktif dan boleh diakses.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s