Awas,Pelaburan Internet .SC SEKAT LAMAN WEB…JANGAN DEGIL.

BERITA HARIAN 3/06/07

SC sekat laman web

Oleh Hardi Effendi Yaacob dan Ifwan Tun Tuah 

Pelabur skim haram tak boleh akses akaun mulai 11 Jun

 



KUALA LUMPUR:
Orang ramai yang terbabit dalam skim pelaburan haram menerusi internet diarah mengeluarkan pelaburan dan menutup akaun masing-masing serta-merta kerana akses kepada laman web berkenaan akan disekat mulai 11 Jun ini.

Suruhanjaya Sekuriti (SC), dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam, berkata pihaknya akan memulakan operasi menyekat akses kepada laman web yang menawarkan skim pelaburan tidak sah mulai tarikh itu bagi mengelak penipuan.

Pelabur tidak akan boleh memasuki akaun mereka apabila akses ke laman web yang menawarkan skim pelaburan haram itu disekat, sekali gus menyebabkan mereka berdepan risiko kehilangan semua wang yang dilaburkan.

“SC bekerjasama dengan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (SKMM) serta CyberSecurities Malaysia untuk menjejak, mengenal pasti dan menyekat akses kepada laman web tempatan dan asing yang mempromosikan skim penipuan pelaburan.

“Langkah ini adalah rentetan daripada siri amaran dan peringatan kepada pelabur mengenai skim pelaburan tidak sah sebelum ini. Walaupun amaran berulang sudah diberikan, masih ada yang terus melabur dalam skim pelaburan ini.

“SC sudah mewujudkan satu pasukan petugas dalaman yang sudah memulakan kempen kesedaran yang menyeluruh mengenai skim penipuan pelaburan internet,” katanya.

Antara April dan Mei lalu saja, SC menerima kira-kira 720 pertanyaan dan aduan berhubung skim pelaburan internet haram dengan ramai di antaranya mengadu mereka sudah kerugian sejumlah besar wang.

SC berkata, skim pelaburan haram yang dipromosikan melalui internet, tidak dilesenkan oleh suruhanjaya bagi memberi nasihat pelaburan berkaitan aktiviti sekuriti, pasaran niaga hadapan atau kegiatan pengurusan dana di negara ini.

“Orang ramai diingatkan supaya hanya melabur dengan pihak yang dilesen oleh SC supaya mendapat perlindungan yang disediakan mengikut undang-undang sekuriti dan pelabur dinasihatkan supaya sentiasa merujuk kepada senarai syarikat atau individu yang dilesenkan,” katanya.

Senarai berkenaan boleh didapati di laman web http://www.sc.com.my, yang dikemas kini secara berkala serta mengandungi maklumat berhubung syarikat yang dikesan tidak diberi lesen mengikut undang-undang sekuriti untuk berurusan dalam sebarang aktiviti pelaburan.

Mengikut laman itu, sejumlah 61 syarikat terbabit menawarkan pelaburan yang tidak sah termasuk ABB Fund, AM Global Management, Data Saham, eUK Gold, E-suisse Fund, Hibah Funds, My Dinar, Swiss Mutual Fund, Smartcash dan Sime Securities.

Media sebelum ini melaporkan syarikat pengendali skim pelaburan internet berkenaan yang mendakwa terbabit dalam perniagaan berkaitan perdagangan komoditi, minyak dan gas, dipercayai didalangi sindiket penipuan tempatan serta antarabangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, ketika dihubungi semalam, berkata tindakan proaktif SC dalam usaha mengekang kegiatan skim pelaburan menerusi internet haram itu akan membantu membendung gejala itu daripada terus berleluasa.

Katanya, sudah tiba masanya kegiatan haram itu ditangani segera bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa.

“Ini satu bentuk penipuan dan ia memang tidak baik. Kita menyokong penuh sebarang usaha menangani perbuatan tidak baik ini dan ia memang sudah sepatutnya dilakukan dari awal lagi iaitu, ketika mula-mula kegiatan ini dikesan,” katanya.

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat Bank Negara
Malaysia, Abu Hassan Alshari Yahaya pula ketika dihubungi menyifatkan tindakan itu sebagai langkah yang berkesan untuk menyedarkan orang ramai yang mudah terpedaya dengan skim penipuan berkenaan.

“Kita sedia maklum mengenai tindakan suruhanjaya itu dan sentiasa bekerjasama dengan mereka serta agensi penguat kuasa lain bagi memastikan sebarang skim pelaburan yang tidak sah dapat dihapuskan,” katanya. 

2 responses to “Awas,Pelaburan Internet .SC SEKAT LAMAN WEB…JANGAN DEGIL.

  1. kawe nak tanya jai networ system termasuk dalam kenyataan yang sc sekat ke ?

  2. JAI network Tersenarai di Senarai syarikat yang disekat SC. Lesen KPDN pun belum ada.No komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s