AWAS PELABURAN INTERNET-EA INDEX,WINLI FUND,SWISS CASH DAN LAIN2

. Basmi skim cepat kaya — PM mahu rakyat tampil bantu dakwa pengelola pelaburanOleh NAZRULLAH ROSLI dan ARSHAD KHAN KUANTAN 29 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta rakyat tampil membantu kerajaan membasmi skim cepat kaya di negara ini termasuk yang beroperasi melalui Internet. Beliau menegaskan, kerajaan tidak berkompromi dalam isu itu dan tetap akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengelola-pengelola skim cepat kaya.Menurut beliau, usaha membanteras skim cepat kaya hanya dapat dilakukan dengan efektif sekiranya rakyat membantu kerajaan.Abdullah berkata, beliau kesal dan terkilan dengan sikap segelintir anggota masyarakat yang masih terpedaya dengan pelbagai bentuk instrumen kewangan yang kononnya berupaya menjana pulangan besar dalam masa yang singkat seperti pelaburan melalui Internet.“Saya berharap saudara saudari tidak langsung memberi sokongan kepada bentuk pelaburan yang tidak diiktiraf seperti itu agar ia tidak berleluasa dan merugikan rakyat,” kata Perdana Menteri ketika berucap menutup program Majlis Saham Amanah Malaysia 2007 di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2 (MPK2) di sini hari ini.

Abdullah berkata, bagi membolehkan kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mengelolakan skim cepat kaya, kerajaan mengharapkan sokongan rakyat.

__________________________________________________________________________________________________________

Masih ramai lagi yang belum berhenti menjalankan pelaburan internet ini dan lebih ramai lagi yang menderita kerana duit hilang sekelip mata.

Cuba anda bayangkan Jika ada satu Perniagaan yang diluluskan oleh kerajaan ,boleh membayar bonus atau pulangan yang sama atau lebih lumayan dari Pelaburan internet. Mahukah anda mengetahui tentang pelan pemasarannya yang mudah , ringkas dan lumayan.

Apa yang sepatutnya dibayar oleh pelaburan internet ,Uptrend memang bayar sehingga mewujudkan 22 jutawan setakat hari ini.

Untuk satu sesi taklimat perniagaan (30 minit) sila Hubungi saya di 012-290 5445 atau email.

Rebutlah peluang menjana pendapatan yang lumayan dan diluluskan oleh Kerajaan.

HARIAN METRO 5/03/07.Pegawai kanan leka sertai skim cepat kaya Internet
KANGAR: Ada pegawai kanan kerajaan di negeri ini dikesan terbabit dalam skim cepat kaya melalui pelaburan di Internet yang semakin popular hingga menjejaskan prestasi kerja masing-masing.
Justeru, kerajaan negeri akan mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai terbabit jika masih berdegil meneruskan kegiatan skim itu yang didakwa turut membabitkan keseluruhan kakitangan sebuah jabatan.
Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim, ketika mendedahkan perkara itu berkata, pelaburan di Internet dengan pelbagai keuntungan yang ditawarkan itu sudah sampai ke peringkat serius dan perlu ditangani segera.“Jika masuk sesebuah jabatan kerajaan, kita akan melihat segelintir kakitangan kerajaan sibuk berurusan atau mengendalikan pelaburan skim pelaburan menerusi Internet.“Apa yang menarik, bosnya (ketua jabatan) turut mengeluarkan wang untuk menyertai skim ini. Ia bukan saja menyebabkan prestasi kerja menurun tetapi menjadikan seseorang papa dan miskin.“Gejala ini perlu disekat dan kakitangan kerajaan di sini diminta segera meninggalkan skim itu atau berhadapan dengan tindakan tatatertib,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.Beliau berkata, setakat ini, seorang kakitangan awam di negeri ini sudah dikenakan tindakan tatatertib selepas didapati serius terbabit dalam skim cepat kaya di Internet.

Bagaimanapun, beliau yang tidak menyatakan bentuk tindakan terhadap pegawai terbabit berkata, beberapa kakitangan kerajaan termasuk pegawai kanan sedang diawasi sebelum tindakan diambil.
Sebelum ini, laporan akhbar menyebut beberapa skim pelaburan di Internet seperti swisscash, em-pay, abb-fund, winlifund dan eaindex ditawarkan kepada pelabur dengan kadar keuntungan menarik.

Mengulas lanjut, Shahidan meminta Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan supaya mengenakan tindakan disiplin terhadap anggota perkhidmatan awam yang terbabit dalam skim pelaburan Internet.
Katanya, di peringkat negeri, pihaknya sudah mengeluarkan arahan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri agar mengambil tindakan tegas terhadap kakitangan awam yang terjebak dalam skim itu.

PELABURAN HARAM.(MONEY LAUNDERING). AWAS!!!!!

February 27th, 2007 ·

 PETIKAN BUSINESS TIMESMalaysia freezes bank accounts over investment scamFebruary 27 2007

THE Securities Commission (SC) said it has frozen two Malaysian bank accounts amounting to RM1.6 million, closed two websites and questioned several individuals believed to be connected to a global Internet investment scam run by Cambridge Capital Trading.
In a statement yesterday, the SC said it investigated the scam for possible breaches of the Anti Money Laundering Act 2001 (AMLA).
The investigation was triggered by a request for assistance from the Dubai Financial Services Authority (DFSA), which was carrying out its own investigations.
The SC said it had called in several individuals believed to be connected to the case to record their statements and was continuing its investigation.
Besides working closely with DFSA, it is also working with other regulatory counterparts in the UK, the US and Australia.
So far, no arrests have been made in connection with the case.
The SC also secured the assistance of the National ICT Security and Emergency Response Centre to close two websites linked to Cambridge Capital Trading that were hosted via an Internet Service Provider in Malaysia.
Investors have been warned against the fraudulent investment scheme operated by Cambridge Capital Trading, which has thus far targeted Australian and Singaporean investors.
The scam operators have been cold calling the public to invest in a host of products that are purportedly traded on the fictitious Dubai Options Exchange.
Investors were reminded by the SC to be on guard and be wary of the claims on Cambridge Capital Trading and Dubai Options Exchange’s websites, http://www.cambridgecapitaltrading.com and http://www.dubaiex.com, which are still accessible as they are now hosted by a foreign ISP.
The public should be vigilant against possible Internet investment scams and only invest through parties licensed by the SC. They should also check with the SC or other relevant authorities on the licensing status of any local or foreign company before investing through such companies, it said.

HARIAN METRO 08 HB APRIL 07.Pelaburan Internet bahayaOleh ZAINUDDIN ZAINKUALA LUMPUR: Perak menjadi negeri terbaru yang memberi amaran kepada umat Islam mengenai bahaya pelaburan di Internet kerana bukan saja ia berunsur riba, tetapi mampu menyebabkan kekacauan di dalam masyarakat berikutan potensi pelabur ditipu cukup besar.
Sebelum ini, Jabatan Mufti Perlis memfatwakan pelaburan di Internet sebagai haram, manakala Johor dan Terengganu meminta Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) mengkaji dan mengeluarkan ketetapan segera.
Menerusi laman web Jabatan Mufti Perak, umat Islam dinasihatkan menjauhi pelaburan di Internet kerana jelas ia melanggar hukum agama, terutama tiada akad jelas ketika memulakan urusan seperti dikehendaki syarak.
Kajian dikeluarkan daripada pejabat Datuk Seri Harussani Zakaria itu turut memberi hujah, kebanyakan pelaburan di Internet tidak menyatakan dengan jelas bentuk pelaburan mereka, sama ada di sektor halal atau haram.
Kajian bertajuk ‘Beberapa Perkara Syubhah (Meragukan) Dalam Pelaburan Internet’ yang dikeluarkan pada 24 Mac lalu itu turut menjelaskan, skim pelaburan berkenaan mendedahkan pelabur kepada bahaya ditipu.
Selain itu, punca pelaburan di Internet perlu dijauhi ialah, ia tidak mempunyai Penasihat Syariah untuk memberi pendapat dan nasihat bagi memastikan urusan pelaburan dijalankan tidak melanggar hukum syarak.
Islam tidak pernah melarang umatnya menjadi kaya raya, namun kekayaan itu mesti diperoleh secara halal, dibelanjakan secara halal, tidak sombong dengan kekayaan yang ada dan menunaikan tanggungjawab sosial dan agama menerusi hartanya,” kata kenyataan dalam laman web berkenaan yang dikeluarkan pegawai Jabatan Mufti Perak, Zamri Hashim.Sementara itu, Setiausaha Majlis Penasihat Syariah sebuah institusi kewangan Islam antarabangsa, Zaharuddin Abdul Rahman, berharap satu fatwa kebangsaan dapat dikeluarkan dalam tempoh terdekat.“Ramai menunggu satu ketetapan mengenai hukum pelaburan di Internet. Kenyataan satu demi satu Jabatan Mufti menunjukkan pelaburan yang semakin berleluasa di negara ini, jika tidak dibendung, mampu menghadirkan masalah besar di dalam masyarakat,” katanya.
Keuntungan besar yang diperoleh daripada skim pelaburan bercorak skim cepat kaya ini menyebabkan ramai pelabur ‘kelabu mata’ dan berikrar tidak akan berhenti sehingga satu fatwa dikeluarkan MPK.

Ini terbukti apabila Metro Ahad menerima banyak maklum balas daripada pelabur selepas menyiarkan artikel bertajuk ‘Saham Neraka’ pada 18 Mac lalu, dengan sebahagian besar daripada mereka menyatakan akan menunggu ketetapan MFK.
“Saya dari Selangor dan fatwa yang dikeluarkan itu di Perlis. Saya tidak akan berhenti melabur sehingga Selangor atau Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan ketetapan,” kata seorang pemanggil yang ingin dikenali sebagai Razali.Bulan lalu, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Mustafa Abdul Rahman, berkata jabatan itu kini mengkaji kesahihan dan status kegiatan pelaburan menerusi Internet dan skim cepat kaya yang menawarkan pulangan tinggi dan semakin berleluasa.
Katanya, hasil kajian akan diserahkan kepada MFK untuk dibincangkan sebelum memutuskan sama ada akan mengeluarkan hukum mengenai pembabitan umat Islam dalam kegiatan itu.
Mufti Johor, Datuk Noh Gadut, turut menyarankan MFK mengkaji segera isu pelaburan menerusi Internet sebelum mengeluarkan fatwa bagi mengelak lebih ramai umat Islam terbabit dalam pelaburan meragukan

4 responses to “AWAS PELABURAN INTERNET-EA INDEX,WINLI FUND,SWISS CASH DAN LAIN2

  1. sesiapa yang berminat untuk menambah pendapatan sehingga RM 20,000.

    hubungi saya 0133335345

    saya ada caranya…

    sah dan dibenarkan.

  2. nak duit

  3. mengapa masih ada lagi berleluasanya skim pelaburan internet?

  4. Excellent post. Keep posting such kind of information on your site.
    Im really impressed by it.
    Hi there, You’ve performed an incredible job.

    I will certainly digg it and in my view recommend to my friends.

    I am confident they’ll be benefited from this site.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s